Wednesday, March 31, 2010

Selamatkan dunia??- Enzim sampah dari dapur anda!


“Sampah dari dapur anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya. Tukarkan ia kepada enzim dan anda dapat merawat dunia,” ujar seorang pengamal perubatan alternatif homeopati, Dr. Joean Oon.


Tidak melibatkan kos yang besar, enzim yang dihasilkan hanya memerlukan apa yang ada di dapur anda. Perapkan bersama gula perang, sisa makanan dan air pada nisbah 1: 3: 10 dalam bekas tertutup dan tunggu selepas tiga bulan.



Merawat dunia? Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan maksudnya. Formulanya mudah: penapaian sampah dari dapur anda dapat menghasilkan gas ozon yang diperlukan untuk memulihkan cuaca bumi.
Bagaimana ia berlaku?



Ia bermula dari hari pertama anda memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon.
Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.
Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk. Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.
Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia didapati berjaya merungkaikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan seterusnya menjernihkan airnya.

Baca lagi..

Tuesday, March 30, 2010

TIPS UNTUK KITAR SEMULA DI PEJABAT



  • -Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam.
  • Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit.
  • -Gunakan e-mail untuk manghantar memo atau notis.
  • -Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi syarikat anda.
  • -Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.
  • -Selain daripada membeli kartrij/toner baru untuk mesin pencetak dan mesin fotokopi, adalah digalakkan mengambilkartrij/toner lama itu dan mengisinya kembali.
  • -Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan. Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik.
  • -Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan kedua-dua belah bahagian kertas untuk mencetak.
  • -Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-data laporan anda di dalam komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca.

  • -Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja untuk membuang semua barang-barang yang tidak digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.
  • -Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga eletrik
  • -Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan berkomunikasi di pejabat.
  • -Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal menggunakannya semula.
  • Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula.
  • -Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula.
  • -Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan melupuskan fail-fail lama.
  • -Jika syarikat anda bercadang untuk menaiktaraf keupayaan komputer di pejabat, jangan buang komputer anda. Dermakan kepada yang sesiapa yang dapat menggunakan komputer ini.
  • -Terdapat banyak laptop yang menggunakan bateri Nickel Metal Hydride atau Litium-Ion, yang mana boleh di kitar semula. Anda mungkin perlu membuat sedikit kajian mengenainya, tetapi ia adalah bahan yang boleh dikitar semula dan ini akan mewujudkan persekitaran yag lebih baik.

Baca lagi..

9 TIPS UNTUK KITAR SEMULA DI RUMAH

1.Guna semula bekas makanan dan minuman plastik untuk menyimpan air dan makanan
2.Bawalah beg sendiri semasa membeli barang dapur
3.Tutup paip air semasa membasuh muka atau menggosok gigi supaya anda tidak merugikan air

4.Pakaian lama anda boleh didermakan kepada persatuan kebajikan
5.Bawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan, ini dapat mengelakkan penggunaan bahan-bahan pembungkus terutamanya Styrofoam.
6.Dermakan sebahagian daripada barang permainan anak anda kepada badan kebajikan jika anak anda tidak memerlukannya lagi, daripada dibuang barang-barang ini adalah lebih baik ia diberi kepada kanak-kanak yang menginginkannya.
7.Elakkan penggunaan barang pakai buang-gunakan barang seperti lampin kain, napkin, tuala, bateri yang boleh di caj semula, pinggan guna semula, sudu, pisau dan barang-barang yang tahan lama.
8.Kongsi menggunakan suratkhabar, majalah, dan buku.
9.Guna berus gigi lama untuk membersihkan kawasan bilik air seperti kepala paip atau kawasan celah-celah yang kecil di dalam bilik air. Baca lagi..